Gurun Sahara dengan keluasan 9,400,000 km² (3,630,000 batu persegi) merupakan gurun panas terbesar di dunia dan juga gurun kedua terbesar selepas Antartika. Sahara terletak di Afrika Utara dan berkemungkinan setua 2.5 juta tahun. Nama Sahara berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud padang pasir.