Powered by Blogger.

Radio LIVE 3fOUnD FM

Listen with Winamp/iTunes
Listen with Windows Media Player

PERHATIAN

Posted by 3fOUnd_FM Friday, 30 September 2011 0 comments



PERHATIAN..!!
Radio 3found fm tidak dapat dikeudarakan buat sementara waktu ini kerana
kami menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan. Maafkan kami
tidak dapat bersama-sama anda seperti semalam.

Maafkan kami dari pihak radio 3foundfm.

PROMOSI DI KOLEJ TESDEC

Posted by 3fOUnd_FM Wednesday, 28 September 2011 0 comments


Salam kepada semua pembaca blog radio 3found fm ini. Semoga anda sihat semuanya. Disini saya ingin berkongsi kepada semua pembaca tidak kiralah orang luaran ataupun orang dalam trefound educare mengenai radio 3found ini akan mula bergerak secara perlahan-lahan. Saya DJ karu dan rakan-rakan setugas yang lain telah bersetuju untuk membuat promosi di salah satu tempat pengajian iaitu di KOLEJ TESDEC. Kami menerima tawaran ini dari salah seorang kaki tangan disana iaitu CIK HUSSEIN.

Beliau telah menawarkan satu peluang yang sangat baik buat kami semua di radio 3found fm. Dimana radio ini baru sahaja ditubuhkan dan masih lagi kurang pendengar. Mungkin dengan cara ini akan membantu kami untuk memperkenalkan nama INSTITUT KEMAHIRAN TREFOUND EDUCARE ini dimata masyarakat lain memandangkan IKTE ini kurang pendedahan dengan orang di sekeliling. Jadi kami telah bersepakat tidak akan menolak peluang yang baik ini. Jadi esok, pihak kami akan berangkat ke KOLEJ TESDEC pada jam 8 pagi dan tidak ketinggalan bahawa kami akan beroperasi di sana dalam tempoh yang diberikan.


VISI, MISI DAN MOTTO

Posted by 3fOUnd_FM Monday, 26 September 2011 0 comments

VISI

Menjadi satu sistem penyampaian maklumat yang berkesan selari dengan teknologi masa kini.


MISI

Menyediakan satu system yang dapat digunakan untuk menyampaikan maklumat, menerima maklumbalas dan memberi hiburan kepada pengguna.

MOTTO

Ilmu dan muzik menjadi satu

DEEJAY 3FOUND FM

Posted by 3fOUnd_FM Sunday, 25 September 2011 0 comments


Salam. Saya DJ Karu. Dimana tugasan saya ialah memantau sistem radio ini supaya berfungsi dengan baik. Saya juga akan berkeudara mengikut slot-slot yang ditentukan. Kemungkinan saya akan berkeudara bersama 2 DJ yang lain. Kami dipihak 3found fm berharap kepada para pendengar supaya terhibur dengan radio ini. Sekiranya DJ2 radio melakukan kesilapan, kami disini mengharapkan teguran yang baik dari para pendengar. Segala cadangan boleh diberikan di ruangan komen dibawah 'posting' tersebut.

Posted by 3fOUnd_FM 0 comments


DJ yang kedua di radio 3found fm adalah DEEJAY GEE. DJ Gee akan menjalankan tugas seperti DJ SUE. Mengambil dan merekod maklumat dan data yang ingin di keudarakan. Pihak pengurusan dan akademik bolehlah menghubungi DJ GEE sekiranya ada perkara yang berkaitan dengan radio seperti, pihak institut ingin memaklumkan sesuatu perkara untuk pelajar, DJ GEE akan merekod data dan akan mengeudarakan di corong radio 3found fm. DJ gee juga mempunyai segmen untuk mengetengahkan semasa DJ GEE "on air".

Posted by 3fOUnd_FM 0 comments


Nie adalah salah seorang krew 3found fm yang ditugaskan untuk menyediakan maklumat2 terkini dari pihak pengurusan dan akademik 3found fm.. Deejay sue juga ditugaskan untuk berkeudara dimana dia akan menyampaikan pelbagai maklumat-maklumat terkini. Disamping itu juga, deejay sue juga mempunyai segmen-segmen yang tersendiri. Harap berhibur bersama DEEJAY SUE..


Berita baik kepada semua para pelajar dan orang awam. Disini blog radio 3found fm sudah pun bersetuju untuk mewujudkan satu ruangan chating untuk memudahkan pihak kami berinteraksi bersama pendengar radio ini. Dengan cara ini juga turut membantu kami, dimana kami masih belum ada talian untuk dihubungi.

Di dalam ruangan chating tersebut, kami akan melantik beberapa orang untuk memantau ruangan ini supaya tidak lari dari topik, ada perkataan-perkataan lucah, perbalahan dan lain-lain perkara yang negatif. Sekiranya ia dikotori dengan perkara-perkara negatif, orang yang dilantik tersebut berhak untuk remove ataupun banned orang tersebut.

Dengan itu juga, pihak kami telah pun bersetuju sekali lagi untuk membenarkan sesiapa sahaja untuk berchating kosong (sembang) dengan rakan-rakan yang lain. Pihak kami tidak akan benarkan sama sekali pelajar berchating dan mendengar radio semasa kelas dijalankan. Pihak kami juga sudah menyediakan waktu kelas terkini.

Di waktu malam pula, radio ini tetap berfungsi (bergantung pada isu semasa). Ruangan chating ini berjalan dengan biasa yang akan di pantau oleh pihak kami.

ROKOK PEMBUNUH ANDA, AWAS!!!

Posted by 3fOUnd_FM Saturday, 24 September 2011 0 comments


Prof. Dzulkifli Abdul Razak
Pusat Racun Negara, USM

SEJAK kebelakangan ini, banyak perkara baru yang timbul yang mengaitkan secara langsung kedudukan syarikat-syarikat tembakau khususnya di Amerika Syarikat dalam mengendalikan perniagaan mereka.

Malah pada lewat bulan Mac yang lalu, salah sebuah daripada syarikat tersebut, Liggett Group Incorporated, telah membuat pengakuan tentang beberapa hal apabila ia bersetuju untuk menyerahkan di antara lain dokumen-dokumen syarikat untuk diteliti oleh peguam-peguam anti-merokok.

Dokumen-dokumen ini adalah penting sekali kerana ianya dianggap sulit dan dirahsiakan oleh syarikat tersebut buat hampir 30 tahun lamanya.

Namun demikian, isi kandungannya masih berguna kepada pihak yang ingin tahu tentang muslihat perniagaan rokok di dunia antarabangsa.

Pengakuan yang dibuat oleh syarikat Liggett sekali gus membuktikan bahawa dunia perniagaan rokok secara amnya telah menyorokkan beberapa fakta kesihatan yang penting untuk pengetahuan umum, khususnya perokok.

Dengan adanya pengakuan seumpama ini, satu perspektif baru dapat dibentuk dalam usaha kita untuk membasmi tabiat merokok di kalangan masyarakat amnya dan remaja kita khasnya.

Berikut adalah di anatara pengakuan yang dapat dipetik daripada dokumen-dokumen yang diserahkan oleh syarikat Liggett kepada pihak-pihak yang berkuasa di Amerika Syarikat.

Muslihat 1: Nikotin dalam tembakau adalah sejenis dadah:

Buat beberapa lama, perkara ini telah disyaki dan turut dibuktikan secara saintifik yang bahan nikotin terkandung di dalam tembakau terdiri daripada sejenis dadah yang boleh menyebabkan ketagihan.

Walaupun demikian, hakikat ini tidak langsung mendapat pengiktirafan daripada syarikat rokok yang terus mempertahankan bahawa nikotin itu tidak mendatangkan ketagihan.

Malah syarikat-syarikat rokok tersekongkol dalam menafikan perkara ini baik kepada pihak Kongres Amerika Syarikat sekalipun.

Kini jelas terbukti daripada dokumen-dokumen syarikat tersebut bahawa ia telah pun mengenal pasti bahawa nikotin itu sebenarnya dadah yang boleh mendatangkan ketagihan.

Tetapi ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Dengan kata lain, syarikat-syarikat rokok telah memperdayakan orang ramai dalam hal yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Lantas kini, ramai warganegara Amerika Syarikat termasuk lebih daripada 25 kerajaan negeri Amerika Syarikat kini sedang dalam proses untuk menyaman syarikat-syarikat tersebut.

Muslihat 2: Rokok mengandungi racun makhluk perosak:

Satu lagi perkara yang jelas mengenai dokumen berkenaan adalah daripada segi aspek keselamatan bahan-bahan tembakau yang pernah digunakan. Ini terbukti daripada pengakuan yang menunjukkan bahawa tembakau rokok ada dicemari dengan bahan makhluk perosak seperti DDT, Malathion, Aldrin, Chemphechlor di antara lainnya.

Dokumen dari syarikat Liggett juga mengakui bahawa bahan ini adalah “amat berbahaya”. Selaras dengan tindakan yang diambil oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat untuk mengharamkan jenis-jenis racun makhluk perosak yang sama.

Sekali lagi fakta ini tidak dinyatakan secara terperinci kepada orang ramai khususnya pengguna bahan tembakau, demi menjaga keselamatan dan kesihatan mereka. Malah tembakau yang mengandungi bahan-bahan tersebut terus dijual kepada masyarakat umum.

Muslihat 3: Tembakau mendatangkan berbagai penyakit:

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa tembakau melalui tabiat merokok boleh mendatangkan berbagai kemudaratan kesihatan seperti sakit jantung, kanser, lelah dan sebagainya.

Lagi sekali perkara ini sememangnya diketahui oleh syarikat tembakau melalui penyelidikan yang mereka lakukan. Dokuken-dokumen berkaitan dengan hal ini juga telah diperolehi melalui pengakuan syarikat Liggett.

Namun begitu, syarikat-syarikat tembakau sentiasa mempertahankan barangan dagangan mereka seolah-olah kemudaratan kesihatan yang berkaitan dengannya adalah satu perkara yang kecil.

Lantas tidak ada mana-mana syarikat rokok yang secara sukarela menyatakan gejala-gejala buruk merokok baik secara umum apa lagi secara terperinci selagi tidak dipaksa oleh perundangan. Oleh itu keadaannya lebih buruk apabila tidak wujud undang-undang kawalan tembakau yang ketat.

Bukti-bukti tentang penyakit akibat merokok itu telah mengalakkan ramai perokok menyaman syarikat-syarikat tembakau.

Dijangkakan dalam masa 2 tahun ini, lebih banyak kes akan dibicarakan berbanding dengan 40 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa para pengguna umumnya dan para perokok amnya rasa tertipu dengan dakyah yang disebarkan melalui iklan-iklan rokok di merata tempat.

Muslihat 4: Remaja menjadi sasaran pemasaran rokok:

Dengan bertambahnya pasaran rokok khasnya di negara membangun, lebih ramai para remaja kini terlibat dengan tabiat merokok. Walaupun selama ini disyaki beberapa strategi telah digunakan untuk menarik langganan remaja, hal ini terus terbukti melalui catatan-catatan yang terdapat dalam dokumen-dokumen syarikat tembakau.

Salah satu daripada dokumen tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa ada rancangan yang digubal oleh syarikat rokok untuk disasarkan kepada remaja berumur 16 tahun.

Syarikat rokok mengakui bahawa pada peringkat umur seperti ini, mereka lebih mudah dipengaruhi dengan berbagai daya tarikan yang mendorong mereka merokok.

Syarikat-syarikat rokok juga faham bahawa tabiat yang dipupuk pada peringkat remaja akan berpanjangan sehingga umur mereka lebih lanjut.

Tambahan pula nikotin dalam rokok akan menentukan bahawa mereka apabila mula merokok akan terus bergantung dengannya. Ini sekali gus menjamin pasaran rokok yang bukan sahaja stabil tetapi terus berkembang dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, tidak syak lagi yang kalangan remaja dijadikan mangsa dan bilangan ini terus meningkat tahun demi tahun.

Muslihat 5: Promosi merokok berasaskan perkauman:

Ini merupakan satu lagi aspek yang amat memeranjatkan yang selama ini tidak diketahui umum.

Dokumen-dokumen yang diperolehi juga menunjukkan bahawa syarikat-syarikat rokok mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memasarkan rokok.

Mereka dengan bukan sahaja peringkat umur, aspek jantina, tetapi juga disalurkan secara halus khasnya kepada kaum-kaum tertentu seperti orang-orang keturunan Afrika, Hispanik (Selanyol) mahupun keturunan Yahudi yang terdapat di Amerika Syarikat.

Ini adalah dengan tujuan mendapatkan pasaran yang lebih menyeluruh di kalangan semua kaum. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa syarikat tembakau pada amnya tidak menghiraukan sama sekali kedudukan sesuatu bangsa itu asalkan sahaja pasaran rokok dapat dilariskan.

KEPENTINGAN AIR

Posted by 3fOUnd_FM 0 comments


Tahukah anda bahawa anda amat memerlukan air di dalam kehidupan seharian?

Air merupakan elemen yang sangat penting kepada kesihatan tubuh badan. Kepentingan air juga dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W agar kita memenuhi 1/3 dari perut kita dengan air. Kajian pakar kesihatan menunjukkan bahawa semua masalah kesihatan termasuk penakit-penyakit kronik berpunca daripada masalah dehydration. Air minuman ECPI dihasilkan melalui gabungan revolusi teknologi rawatan air terbaik dunia dah teknologi spacetime bagi menghasilkan air terbaik untuk keperluan kesihatan tubuh badan.

Fungsi air dalam badan manusia:

1. Ia menghantar oksigen dan nutrien untuk bahagian lain Badan.
2. Ia membuang toksin-toksin dan sisa daripada badan
3. Adakah terlibat dalam penghadaman, penyerapan, edaran dan Kumuhan.
4. Mengatur suhu badan melalui perpeluhan.
5. Penting untuk darah, limfa, jus-jus pencernaan, rembesan-rembesan kelenjar dan produk sisa.
6. Mengurangkan geseran antara sendi-sendi dan memudahkan pergerakan.
7. Menghapuskan bakteria, virus-virus dan logam berat boleh itu terjejas dengan buruk otak.
8. Menghantar dorongan-dorongan saraf Regulates asid-bes Baki
9. Memudahkan fungsi-fungsi normal proses-proses badan.

Air ECPI didalam memenuhi keperluan perut dan tubuh badan anda

Tahukah anda bahawa anda hanya memerlukan sebotol air ECPI sahaja sehari bagi memenuhi keperluan tubuh badan anda? Air ECPI ini bertindak sebagai makanan tambahan yang telah dilengkapi dengan pelbagai khasiat seperti mengandungi 1,732 gelombang elektromagnetik, herba, antiosida dan vitamin, seperti Ginseng collegen, Propolis, Royal jelly, Alfalfa, Madu, Colloid dan lain-lain.

Terdapat ribuan pengguna yang telah berpuas hati dengan kesan yang ditunjukan selepas minum air ECPI. Berikan sahaja masa 15 minit kepada air ECPI, ia pasti mampu menunjukkan tahap luar biasanya kepada anda. Molekul air minuman ECPI lebih halus kerana melalui 14 kali sistem tapisan dan menjadikanya tidak seperti air minuman biasa

Untuk makluman saya tidak menjual online air ECPI ini, sesiapa yang tinggal berdekatan dengan saya bolehlah terus datang ke kedai saya di taman kenangan, sg karangan, padang serai

Posted by 3fOUnd_FM 0 comments

Pada setiap pagi di bangunan dipda, para pelajar terutamanya tahap 4 sentiasa sibuk menyiapkan projek akhir. Di ruangan bangunan dipda inilah tempat kami semua sibuk menjalankan tugas masing-masing. Semangat yang di tonjolkan harus diberi pujian kepada pelajar tahap 4 ini. Walaupun kesuntukan masa, ia tidak menjejaskan semangat untuk menyipakan kerja tersebut.

Posted by 3fOUnd_FM 0 comments

Pada 21.9.2011 pihak asrama trefound educare telah menganjurkan satu majlis sambutan hari raya di bangunan CAK lantai kuning. Sambutan serba sederhana ini begitu meriah yang disambut dengan pelajar-pelajar trefound educare. Majlis ini berlangsung pada jam 10 pagi hingga 3 petang. Pakai diwajibkan untuk memakai pakaian baju melayu bagi ellaki manakala baju kurung untuk perempuan.

Majlis ini dirasmikan oleh tutor kami iaitu Cik Syed (Sayed Ahmad Baqir bin Syed Abdul Rahman). Dengan sambutan ini juga, kami sebagai pelajar senior mampu merapatkan silaturahim diantara pelajar-pelajar baru dimana kami di tahap 4 kurang terdedah dengan pelajar baru. Majlis ini sungguh meriah apabila ketibaan para tutor kami untuk bersama-sama menyambut sambutan hari raya ini.

Tidak ketinggalan, para pelajar juga membawa sedikit sebanyak kuih muih dan makanan untuk dihidangkan bersama makanan-makanan yang lain. Di antara makanan yang menjadi kegemaran orang ramai adalah, mee goreng, nasi impit, lemang, rendang dan banyak lagi.

Kami disini akan muat naik sedikit sebanyak gambar di majlis sambutan raya baru-baru ini. Sila klik menu foto galeri untuk melihat gambar-gambar tersebut.

BANNER 3FOUND FM

GALERI ALBUM

Followers This Blog