
Salam kepada semua pembaca blog radio 3found fm ini. Semoga anda sihat semuanya. Disini saya ingin berkongsi kepada semua pembaca tidak kiralah orang luaran ataupun orang dalam trefound educare mengenai radio 3found ini akan mula bergerak secara perlahan-lahan. Saya DJ karu dan rakan-rakan setugas yang lain telah bersetuju untuk membuat promosi di salah satu tempat pengajian iaitu di KOLEJ TESDEC. Kami menerima tawaran ini dari salah seorang kaki tangan disana iaitu CIK HUSSEIN.
Beliau telah menawarkan satu peluang yang sangat baik buat kami semua di radio 3found fm. Dimana radio ini baru sahaja ditubuhkan dan masih lagi kurang pendengar. Mungkin dengan cara ini akan membantu kami untuk memperkenalkan nama INSTITUT KEMAHIRAN TREFOUND EDUCARE ini dimata masyarakat lain memandangkan IKTE ini kurang pendedahan dengan orang di sekeliling. Jadi kami telah bersepakat tidak akan menolak peluang yang baik ini. Jadi esok, pihak kami akan berangkat ke KOLEJ TESDEC pada jam 8 pagi dan tidak ketinggalan bahawa kami akan beroperasi di sana dalam tempoh yang diberikan.
0 comments