Powered by Blogger.

Radio LIVE 3fOUnD FM

Listen with Winamp/iTunes
Listen with Windows Media Player

Posted by 3fOUnd_FM Saturday, 24 September 2011

Pada 21.9.2011 pihak asrama trefound educare telah menganjurkan satu majlis sambutan hari raya di bangunan CAK lantai kuning. Sambutan serba sederhana ini begitu meriah yang disambut dengan pelajar-pelajar trefound educare. Majlis ini berlangsung pada jam 10 pagi hingga 3 petang. Pakai diwajibkan untuk memakai pakaian baju melayu bagi ellaki manakala baju kurung untuk perempuan.

Majlis ini dirasmikan oleh tutor kami iaitu Cik Syed (Sayed Ahmad Baqir bin Syed Abdul Rahman). Dengan sambutan ini juga, kami sebagai pelajar senior mampu merapatkan silaturahim diantara pelajar-pelajar baru dimana kami di tahap 4 kurang terdedah dengan pelajar baru. Majlis ini sungguh meriah apabila ketibaan para tutor kami untuk bersama-sama menyambut sambutan hari raya ini.

Tidak ketinggalan, para pelajar juga membawa sedikit sebanyak kuih muih dan makanan untuk dihidangkan bersama makanan-makanan yang lain. Di antara makanan yang menjadi kegemaran orang ramai adalah, mee goreng, nasi impit, lemang, rendang dan banyak lagi.

Kami disini akan muat naik sedikit sebanyak gambar di majlis sambutan raya baru-baru ini. Sila klik menu foto galeri untuk melihat gambar-gambar tersebut.

0 comments

Post a Comment

BANNER 3FOUND FM

GALERI ALBUM

Followers This Blog